Friday, 8 March 2013

Panas: "Gambar Foto Mangsa Serangan", Ramai Pihak Kini Keliru Dengan Keadaan Mayat Yang Di Dedahkan


Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Menteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi (foto) semalam mendedahkan sekurang-kurangnya 13 mayat penceroboh yang mati akibat serangan tentera di Kampung Tanduo, Lahad Datu baru-baru ini. 

Zahid dalam sidang media semalam menunjukkan kepada wartawan gambar sembilan mayat dalam satu longgokan. Beliau turut menunjukkan gambar penceroboh yang ditembak mati pagi semalam serta tiga lagi di satu kawasan perkuburan yang didakwa digali penceroboh. 

Kerajaan katanya mendedahkan gambar tersebut ekoran aduan wartawan yang sukar mendapat akses selepas pasukan keselamatan memasuki kampung tersebut untuk memburu penceroboh bersenjata Filipina selepas jet pejuang mengebom kawasan itu kelmarin. Namun, anehnya ramai pihak yang kini memepertikaikan kesahihan gambar-gambar tersebut. 

Malah, dalam laman sembang sosial facebook kini isu itu hangat diperdebatkan. Ini kerana, keadaan mayat yang berada dalam liang lahad itu jauh sekali bezanya dengan rupa bentuk para penceroboh Sulu yang sebenarnya. 

Dengan keadaan mayat yang hanya memakai T-Shirt hitam, siap dengan sarung tangan dan sebagainya langsung kata mereka tidak menggambarkan keadaan sebenar. Difahamkan para penceroboh kebanyakkannya memakai pakaian celoreng ala tentera. Malah keadaan mayat yang sudah kembong perut itu juga dipertikaikan kerana ia menggambarkan mayat itu sudah terlalu lama ditanam, sedangkan serangan baru berlaku kelmarin. 

Apapun, kesangsian itu harud dijawab sendiri oleh kerajaan kerana ia cukup memuskilkan. Malah, sebelum ini akhbar arus perdana Utusan Malaysia ada melaporkan seramai 30 penceroboh mati dalam serangan itu, walhal Zahid menjelaskan hanya 13 orang sahaja yang terbunuh. Olehitu, kekeliruan ini harus diperjelaskan, apakah gambar mangsa serangan itu di Sabah atau di mana?. 



Malah lebih mengejutkan ada juga yang mempertikaikan, jika benar mayat tersebut mati akaibat serangan bom kenapa papan penutup kubur berkenaan tidak musnah dibom bersama mayat-mayat berkenaan. "Kalau itu lah mayat hasil dari gempuran pesawat pengebom dan meriam, ternyata satu pembohongan juga. Perhatikan mayat sudah mula mengembong. Itu ialah mayat mereka yang mati beberapa hari lalu akibat pertempuran. 

Mayat oleh pengeboman mestilah ada ciri2 boooooom..  Mcm ni punya lubang, mkn masa jugak nak korek....tepi jalan? Kompius aku. Lojik tak bila masa penceroboh gali lubang sedang polis malaysia kepung dan ada kah penceroboh bwa cangkul dan pengali???.pembohong la tk masuk akal langsun.aku bekas tentera la", kata kenyataan komentar panas di laman facebook yang diperolehi.



Sumber Artikel: http://pahangdaily.blogspot.com/2013/03/panas-gambar-mangsa-serangan-sulu-di.html#ixzz2MqdyAV6m

KLIK LIKE TANDA SOKONGAN

0 comments:

Post a Comment