Polis telah mengurangkan jangkaan awal mereka tentang jumlah kehadiran peserta Himpunan Kebangkitan Rakyat dari 80,000 ke 45,000 orang, di dalam dan di luar Stadium Merdeka.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asst Comm Zainuddin Ahmad memberitahu pemberita dalam sidang media bahawa terdapat anggaran 10,000 peserta perhimpunan beradadi luar stadium semasa acara itu berlangsung, manakala selebihnya bersesak dalam stadium.
"Kami jangkakan terdapat lebih kurang 40,000 orang... diantara 40,000 dan 45,000," katanya.
Stadium Merdeka dikatakan boleh memuatkan sejumlah 40,000 orang ditempat duduk dan padang.
Terdahulu polis mengumumkan di laman Twitter rasmi mereka bahawa stadium dipenuhi seramai 80,000 orang.
Tidak berapa lama selepas itu, @PDRMsia mengeluarkan Tweet tersebut dengan mengatakan ianya disebabkan oleh "kesilapan teknikal" dan angka rasmi akan diumumkan oleh ketua polis daerah.
"Crowd datang dari pelbagai arah ... calculation kita tak betul," ACP Zainuddin menjelaskan ~ The Malaysian Insider
Betulkah apa yang dianggarkan oleh pihak Polis itu atau kerana adanya tekanan dari pihak atasan yang ditekan pula oleh pihak yang lebih atas lagi?
Tak apa.. kitorang faham...
Jumlah itu sebenarnya perlu dikurangkan bagi mengurangkan besarnya kemaluan yang akan diperolehi Najib jika Himpunan yang dianjurkannya di Tesco, Semenyih dijadikan perbandingan dengan Himpunan Kebangkitan Rakyat tadi.. nanti siap aku siarkan artikel itu..
Bagaimanapun ribuan juta terima kasih diucapkan kepada pihak Polis kerana menunjukkan sikap yang benar-benar proffesional kali ini..
Cuba korang tolong kira sat berapa orang yang hadir sebenarnya dalam Himpunan Kebangkitan Rakyat ini..
Ini video ketika para peserta bergerak ke Stadium Merdeka..
Ini diluar Stadium..
Berapa?.. kalau susah sangat nak kira pasal ianya bergerak.. sila lihat gambar-gambar di ( SINI )
0 comments:
Post a Comment