Saturday, 20 April 2013

Gambar bersejarah buat Taib Mahmud yang tidak disiar BERNAMA


Sabtu lalu 23 Februari 2013, Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Taib Mahmud telah melakukan lawatan ke Long Lama sebuah Bandar kecil yang terletak di kawasan hulu Baram, Sarawak bagi mengulangi semula janji-janji yang telah dilakukannya 30 tahun lalu.

Long Lama masih ketiadaan jambatan yang menghubungkannya dengan Baram selain itu jalanraya yang menghubungkan Bandar tersebut dengan Miri melalui Lapok adalah jalanraya yang paling teruk dalam negeri Sarawak.

Dilaporkan bahawa setiap yang hadir untuk mendengar ucapan Taib dalam lawatannya itu telah dibayar RM50 seorang oleh Kerajaan Negeri.


Bagaimanapun hari tersebut menjadi hari yang bersejarah buat Taib, bilamana beliau buat pertama kalinya dalam lawatan keseluruh Sarawak telah berhadapan dengan bantahan sekumpulan penduduk pribumi.


Kira-kira 70 orang individu menyertai bantahan tersebut di hadapan pejabat MP Baram Jacob Dungau Sagan, yang menganjurkan majlis dihadiri Taib itu.


Peserta bantahan tersebut membawa plakad dengan tulisan "Hentikan empangan Baram", "Kembalikan tanah adat kami" dan "Dengar rintihan hami" serta “Kami Perlu IC”.

Perlu kita ketahui ada ribuan Pribumi di Baram masih tidak diberikan Kad Pengenalan kerana Taib khuatir mereka mungkin akan mengundi menentangnya dalam Pilihanraya.

Ada sumber yang mendakwa peserta perhimpunan yang mewakili masyarakat Penan itu menaiki bot selama lapan jam untuk sampai ke lokasi berkenaan.

Ini menunjukkan betapa jauhnya mereka dari kawasan itu, namun atas kesedaran dan demi menuntut hak mereka, mereka sanggup mengorbankan masa dan wang ringgit untuk menyuarakannya kerana menyedari penyelewengan yang berleluasa di bawah Kerajaan Barisan Nasional..

Malangnya di Semenanjung ini masih ada yang tidak sedar akan penyelewengan yang berleluasa di bawah Kerajaan Barisan Nasional yang ada..

Buta maklumat atau buta perutkah mereka? hingga menyebabkan mereka meneruskan sokongan meskipun berbagai pendedahan akan penyelewengan dan salah guna kuasa yang dilakukan oleh pemeimpin-pemimpin dalam Barisan Nasional itu, khususnya dari UMNO.

Saksikan juga Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin disambut dengan demo oleh penduduk Sabah di ( SINI )


Sumber laporan dari e-mail yang aku terima di bawah ini..

Ladies and Gentlemen,

Last Saturday, 23 February, Sarawak Chief Minister Taib Mahmud visited Long Lama in the Baram to promise development - once more after 30 years of promises (Long Lama still lacks a bridge across the Baram and the road connection to Miri via Lapok is one of the worst in the whole state). Listeners to Taib's speech were paid RM 50 by the state government.

The day was historical as, for the first time, a Taib visit in the region met with physical protests. A crowd of angry citizens from Baram demanded that Taib and the Sarawak state government to stop the plans for the Baram dam, to return the Native Customary Rights land to the communities and to issue identity cards to all citizens (thousands of Baram natives lack IC cards because Taib fears they might vote against him).

One of the protest organizers wrote us: "Our shouts were able to draw the crowd out from Taib's speech (at first they were nicely sitting in a very big makeshift tent in the middle of town). When they heard us then they moved to see us, a group of protesters on the street outside. That was more real than to listen to all the lies by the BN politicians. We were in full view of those who were listening to the speeches. I think we created history for Baram on that day for shouting at Taib and his cronies. From the reaction of the crowd how could any one doubt that the ordinary folks in Baram are against the dam. To force the dam through would violate human right."

Of course, the government-controlled media would not report on these protests.

Your BMF team

0 comments:

Post a Comment