Dua tiga hari ni hangat duk cerita pasal senarai calon negeri Terengganu. Keadaan politik dalaman negeri Terengganu masih belum stabil akibat perbalohan antara Mat Said dan Datuk Seri Deris Jusoh.
# sila like "pakatan rakyat supporters"
Walau Umno Terengganu di luar nampak tenang tapi dalamanya masih bergelora.
Salah satu masalah Umno Terengganu adalah pembahagian calon. Hal ini menimbulkan banyak kontroversi contohnya tentang pencalonan anak kepada Ketua Umno Bahagian Dungun dan juga anak Ketua Umno Bahagian Kuala Nerus.
Di Terengganu khabarnya SPRM telah menapis semua bakal-bakal calon, dan mendapati beberapa nama-nama besar tidak lulus dalam tapisan itu termasuklah Menteri Besar sendiri iaitu Datuk Ahmad Said. Ini sekali gus telah memberi gambaran jelas bahawa Datuk Ahmad Said akan digugurkan dari senarai calon.
Khabarnya pihak Istana telah mengemukankan nama-nama yang dipersetujui untuk menerajui Negeri Terengganu, 3 nama telah diberikan lampu hijau iaitu Datuk Mohd Nasir, Dato Zaabar, dan Datuk Tengku Putera. Oleh kerana Tengku Putera pernah digugurkan dari jawatan Timbalan Menteri Kewangan atas sebab-sebab.........jadi nama yang paling disebut-sebut adalah Nasir dan Zaabar.
Semua orang tahu jika ikut keputusan Istana pastinya Nasir akan menang kerana hubungan keluarganya sangat rapat dengan keluarga diraja Terengganu. Ramai juga yang mengatakan Nasir adalah calon pilihan Najib kerana Nasir adalah panglimanya semasa mereka didalam Pemuda Umno dulu. (IBT)
sumber sini
- SILA BACA SYARAT & PENAFIAN KOMEN SEBELUM MEMBUAT ULASAN
0 comments:
Post a Comment