Mula-mula kita baca dulu apa kata Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam twntang Manifesto PAKATAN untuk PRU13 ini..
Ali Rustam kata janji-janji dalam manifesto bertemakan ‘Pakatan Harapan Rakyat’ tersebut sebenarnya telah dilaksanakan kerajaan Barisan Nasional (BN) sejak dulu lagi.
“Hapus tol, BN pun ada mengurangkan dari masa ke semasa dan akhirnya esok (nanti) tidak ada tol juga...pendidikan percuma, sekarang pun dah percuma,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Sebaliknya beliau berkata pembangkang gagal mengambil kira keperluan utama rakyat yang kini diperjuangkan kerajaan BN.
“Perlu difikirkan ialah kediaman, makan minum, pengangkutan, belanja harian...ini pembangkang tidak sentuh, harap (rakyat) jangan keliru. Nampak manifesto ini lemah dan tidak menarik, ternyata pembangkang tidak ada pakar ekonomi,” katanya.
Dalam pada itu, Mohd Ali yakin pembangkang juga tidak mampu melaksanakan segala janji yang dibuat berdasarkan rekod mereka memerintah beberapa negeri.
“Warga emas RM1,000 dijanjikan pada pilihan raya dulu dan pelajar tadika dapat elaun tetapi tidak ditunaikan,” katanya ~ The Malaysian Insider
Nampak sangat Ali Rustam ni main cakap saja tanpa mengetahui apa yang terkandung dalam Manifesto PAKATAN itu..
Korang klik pada imej di bawah dan lihat benarkah apa yang Ali Rustam kata bahawa Pakatan Rakyat tidak mempedulikan hal yang melibatkan kediaman, makan minum, pengangkutan, belanja harian...
0 comments:
Post a Comment