SYARIKAT penerbangan Malaysia Airlines (MAS) mencatatkan kerugian RM1.174 bilion sepanjang tahun lalu, iaitu hampir tiga kali ganda lebih tinggi berbanding kerugian RM433 juta dicatatkannya pada 2012.
Kerugian itu direkodkan di sebalik peningkatan pendapatan kasar sebanyak 36 peratus iaitu RM254 juta bagi tempoh 12 bulan berakhir 31 Disember 2013 berbanding RM187 juta pada akhir 2012.
"Bagaimanapun, pendapatan bersih selepas cukai merosot akibat penyusutan nilai lebih tinggi serta kerugian pertukaran mata wang asing," menurut MAS dalam satu kenyataan, semalam.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif MAS Ahmad Jauhari Yahya berkata, tahun lalu adalah tahun mencabar kerana persaingan sengit yang memberi kesan kepada perolehan.
"Fokus kami adalah untuk menambahkan hasil dan usaha ini menaikkan hasil syarikat sebanyak 11 peratus manakala trafik pula bertambah 27 peratus," katanya.
Menurutnya, dengan persaingan semakin sengit, MAS menjangkakan tekanan ke atas perolehan syarikat itu akan berterusan.
"Kami akan menambah usaha untuk mengurangkan kos dan menggunakan sumber kami dengan lebih baik. MAS kekal dengan komitmen kami untuk memberikan produk dan perkhidmatan berkualiti tinggi," katanya.
Bagi tahun kewangan 2013, syarikat itu mencatatkan perolehan RM15.1 bilion, naik 10 peratus berbanding RM13.8 bilion pada 2012.
Jumlah penumpang bagi kumpulan MAS pada 2013 turut meningkat sebanyak 28.5 peratus kepada 17.2 juta orang berbanding 2012.
Setakat akhir 2013, kumpulan MAS memiliki 148 pesawat, termasuk enam pesawat penumpang terbesar dunia, Boeing A380.~ Sinar Harian
Tapi Air Asia catat keuntungan dalam tahun yang sama ..
Bila kroni-kroni UMNO menguasai GLC macam tu lah jadinya... pegang bussines apa pun lingkup..
0 comments:
Post a Comment