Saturday, 22 June 2013

PANAS: Pehal SPR gabra sangat neh [Tengok laa...]

Tipu PRU: Abdul Aziz tak perlu cemas dengan tindakan S'gor

KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia menasihatkan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof agar tidak perlu merasa cemas dengan cadangan kerajaan Selangor yang mahu menubuhkan Suruhanjaya bagi menyiasat penipuan pilihan raya di negeri itu pada pilihanraya umum ke 13 (PRU13) yang lepas.

Setiausahanya Khairul Faizi Ahmad Kamil berkata, reaksi segera Abdul Aziz yang membayangkan kurang bersetuju dengan tindakan Selangor untuk menyelongkar segala penipuan PRU13 itu memperlihatkan seperti ada yang tidak kena.

"Tan Sri Abdul Aziz tidak perlu merasa cemas dan risau dengan pengumuman Tan Sri Khalid, sebaliknya beliau patut memberikan pujian kerana kerajaan Selangor berusaha mencari penyelesaian terbaik dengan mencari punca penipuan yang berlaku.

"Sebagai sebuah badan yang menguruskan pilihan raya secara profesional, SPR telah melaksanakan tugas semasa PRU ke 13 dan kini serahkan sahaja kesemua persoalan itu kepada rakyat untuk membuktikan dakwaan dan beliau tidak perlu mempertahankan dirinya yang menjadi tuduhan," katanya dalam satu kenyataan.

Semalam Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengumumkan akan menubuhkan suruhanjaya bagi menyiasat dakwaan penipuan dan pelanggaran peraturan pilihan raya di negeri itu pada PRU13 lalu.

Menurut beliau, penubuhan suruhanjaya itu selaras dengan kuasa yang diberikan kepada kerajaan di bawah Seksyen 2(3)(d) Akta Suruhanjaya Siasatan 1950.

Katanya, kerajan negeri berpendapat bahawa penyelewengan pilihan raya adalah melibatkan kepentingan awam dan perkara itu termaktub di bawah akta berkenaan.

Mengulas lanjut, Khairul Faizi menegaskan, langkah kerajaan Selangor itu tentunya untuk membantu meningkatkan lagi integriti SPR di mata rakyat di samping membina imej profesionalisme SPR sebagai pengadil pilihanraya.

Soal petisyen seperti yang digesa oleh Abdul Aziz katanya adalah proses undang-undang yang akan dijalani oleh Pakatan Rakyat, namun suruhanjaya juga sangat wajar untuk diwujudkan bagi menyiasat secara terperinci setiap dakwaan terhadap SPR.

"Ada kemungkinan banyak lagi kes penipuan tidak direkodkan atau tidak sempat di bawa ke mahkamah untuk petisyen namun boleh sampai ke pengetahuan suruhanjaya dan rakyat amya.

"Sebenarnya langkah kerajaan Selangor adalah untuk membantu meningkatkan lagi integriti SPR di mata rakyat di samping membina imej profesionalisme SPR sebagai pengadil pilihanraya," katanya.

0 comments:

Post a Comment