Tentu ramai yang masih ingat lagi diawal September 2012 yang lalu, baginda Sultan Johor Sultan Ibrahim telah melahirkan rasa dukacitanya kerana kelengkapan ketenteraan yang dibekalkan kepada Kor Gerak Khas bukan sahaja tidak mencukupi tetapi juga tidak bermutu dan tidak menepati spesifikasi.
Dalam masa yang sama, Baginda Sultan Ibrahim yang juga Kolonel Komandan Rejimen Gerak Khas mempersoalkan perbezaan harga yang ketara antara Rapid Intervention Vehicle (RIV) yang dimiliki baginda dengan yang dibekalkan kepada Kor Gerak Khas.
Harga bagi sebuah RIV yang dianugerahkan oleh Tuanku Sultan Johor kepada GGK adalah RM150,000 berbanding RM690,000 yang dijual oleh pihak pembekal kepada Kementerian Pertahanan.
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang merupakan Menteri Pertahanan pada masa itu berkata..
"Kementerian Pertahanan mengambil maklum terhadap komen baginda dengan cara positif di mana saya sendiri akan lakukan penyiasatan terhadap perbezaan di antara harga RIV yang dianugerahkan oleh Tuanku Sultan Johor berharga RM150,000 berbanding RM690,000 yang dijual oleh pihak pembekal.
"Mungkin terdapat spesifikasi yang berbeda yang akan saya teliti," katanya lagi dalam satu majlis.
Tak tahulah hasil siasatnya dah sampai kemana.. mungkin Menteri Pertahanan yang baru pula akan menyambung siasatan itu..
Ramai yang tertanya-tanya bagaimanakah rupa bentuk Rapid Intervention Vehicle yang akan digunakan oleh Group Gerak Khas itu..
Melihatkan pada harganya yang jauh berbeza itu tentu ramai yang menganggap spesikasinya sememangnya hebat dan akan membanggakan setiap rakyat Malaysia.
Bagaimanapun kenderaan tersebut telah dipamirkan kepada wakil-wakil media baru-baru ini sempena program Hari Kementerian Pertahanan Bersama Media, di Pusat Latihan Peperangan Khusus (PULPAK) di Kem Sungai Udang.
Program itu dihadiri 87 wakil media, termasuk 17 wanita, bertujuan memperkukuh kerjasama kementerian itu dengan media bagi meningkatkan pengetahuan anggota masyarakat terhadap fungsi Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Selain diberikan penjelasan mengenai PULPAK yang melahirkan anggota Grup Gerak Khas (GGK) atau komando yang berfungsi sebagai anggota elit Tentera Darat Malaysia (TDM), wakil media turut diberi peluang menjalani latihan menembak.
Aku yakin ramai yang tidak akan mempertikaikannya jika kenderaan yang akan diguna oleh Grup Gerak Khas seperti gambar di bawah..
Tapi.. ianya bukanlah HumVee macam gambar di atas tu..
Malah wartawan yang melihatnya sendiri mempersoalkan harganya "If the RIV was purchased for 500K something must be very wrong as a cursory inspection showed it had not been modified in any way apart from the mounting for the removable assault ramp and ladder. Its not armoured, not fitted with a radio and the suspension had not been beefed up."
Oleh kerana aku malu nak copy n paste disini gambar RIV itu.. korang saksikan gambar RIV berharga RM690,000 milik Grup Gerak Khas itu di ( SINI )
0 comments:
Post a Comment