Saturday, 29 June 2013

Sidang Dun Perak kecoh ketika perlantikan speaker

IPOH: Persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) Perak Ke-13 pada Mesyuarat Pertama, Penggal Pertama Dewan Negeri hari ini kecoh ketika perlantikan speakar
selepas Pakatan Rakyat mendakwa BN gagal menghantar nama pencalonan mengikut waktu yang ditetapkan.

Beberapa Adun Pakatan Rakyat bangun meminta Menteri Besar mengemukakan bukti bahawa BN telah menghantar pencalonan speaker sebelum tarikh tamat iaitu 21
Jun lalu.

Datuk Seri Nizar Jamaluddin (Changkat Jering) bangun meminta penjelasan Menteri Besar berhubung dakwaan itu namun Datuk Dr Zambry Kadir enggan memberikan
respon.

Keenganan Zambry memberikan penjelasan walaupun berulang kali didesak oleh Adun Pakatan Rakyat menyebabkan dewan menjadi kecoh.

baca lagi ..






Zambry (Pangkor) mencadangkan Bekas Ahli Parlimen Cameron Highlands, Datuk S Devamany sebagai speaker manakala Ustaz Abu Bakar Hussien (Titi Serong) mencalonkan
Ahli Parlimen Batu Gajah, V Sivakumar.

S Devawany secara rasmi dilantik menjadi speaker apabila memperoleh 31 undi berbading V Sivakumar yang hanya mendapat 28 undi selepas proses pengundian
dijalankan oleh Setiausaha dewan dengan disaksikan oleh wakil oleh kedua-dua belah pihak.

Adun Bota, Nasaruddin Hashim dilantik sebagai Timbalan Speaker apabila mendapat 31 undi mengalahkan Adun Kuala Kurau, Yunus Jamhari yang hanya memperoleh
28 undi.

Selepas selesai melantik speaker dan timbalannya, semua Adun mengangkat sumpah secara serentak bertiga-tiga untuk menjimatkan masa.




# sila like "kami undi pakatan rakyat"





0 comments:

Post a Comment