Saturday, 30 March 2013

Najib, lihat masalah ini, kau harus malu

MARAN: Krisis air yang berlarutan tanpa penyelesaian melibatkan lebih 5,000 penduduk di tujuh kawasan penempatan yang mendapatkan bekalan air bersih dari Loji Air Kampung New Zealand dekat sini, menimbulkan kemarahan mereka.
Serentak dengan itu, beberapa orang penduduk semalam tampil membantah secara aman di hadapan loji air berkenaan sambil mendesak Pengurusan Air Pahang (Paip) mengambil langkah segera bagi menangani masalah gangguan bekalan tersebut yang berlarutan sejak 10 tahun lalu.





# sila like "pakatan rakyat supporters"

Seorang wakil penduduk, Sheikh Abdul Halim Sheikh Hassan, 45, berkata, catuan bekalan air yang dilakukan pada setiap hari untuk tempoh tertentu sehingga menjejaskan aktiviti harian penduduk.
Menurutnya, keadaan bertambah menyulitkan penduduk apabila bekalan air terputus untuk beberapa hari pada setiap bulan dengan jadual penyaluran bekalan air yang tidak menentu.
“Apabila dibuat komplen, kami diberitahu bahawa catuan air terpaksa dibuat bagi membolehkan semua rumah penduduk dapat air kerana sumber air mentah terhad dan tidak dapat menampung keperluan penduduk
“Tekanan air yang rendah turut memberi kesan pada rumah di kawasan tinggi. Perkara ini perlu diatasi segera demi keselesaan penduduk kerana ia adalah keperluan utama bahkan untu kehidupan.
“Sebelum ini diuar-uarkan telah beberapa kali kerja naik taraf loji tetapi nampaknya tidak memberi sebarang perubahan positif kerana gangguan bekalan air tetap berlaku seperti biasa,” keluhnya.
Sheikh Abdul Halim berkata, kekerapan catuan bekalan air yang berlaku setiap hari sama ada siang atau malam sehingga menjejaskan tahap kebrsihan apabila pelbagai aktiviti harian tidak dapat dilakukan sengan sempurna.
Menurutnya, pakaian tidak dapat dicuci menggunakan mesin mengikut kesesuaian waktu penduduk memandangkan jadual bekalan air tidak menentu.
“Baru-baru ini ramai kanak-kanak kena jangkitan Rotavirus dan apabila air tiada, pakaian kotor dan berbau kesan cirit-birit serta muntah tidak dapat dicuci segera.
“Pinggan mangkuk terpaksa dibiarkan di sinki sehingga air ada semula. Bukan semua rumah ada tangki kerana nak beli tangki air bukannya murah.
“Air keperluan penting supaya kita dapat menjaga kebersihan dengan baik. Sebab itu kalau tiada air macam-macam penyakit boleh menular terutamanya kepada kanak-kanak,” jelasnya.
Tambahnya, krisis air yang menimpa penduduk di sini turut amat merumitkan apabila ada penduduk mengadakan majlis kenduri kahwin dan peniaga warung makan yang berniaga sebagai sumber rezeki utama.
Sheikh Halim membayangkan, jika masalah seperti ini berlaku di Selangor atau Kelantan, beliau percaya akan berlaku demonstrasi setiap hari dan mendapat liputan televisyen.
Seorang lagi penduduk, Ghazali, berkata masalah air yang dideritai turut menyebabkan pelajar-pelajar sekolah mengalami masalah lewat ke sekolah kerana terpaksa mandi di sungai setiap pagi.
“Saya ada tiga anak yang bersekolah. Mereka terpaksa bangun awal pagi, balik ke kampung untuk mandi dan patah semula ke sekolah, anak orang lain pun macm tu.
“Jadi sampai bila masalah ini hendak selesai? Kita harap perkhidmatan air yang sudah swasta ini segera diselesaikan jangan penduduk telefon pun tak mahu jawap. Bayangkan penduduk yang ada anak kecil, lagi susah,” katanya.
Kawasan Kampung Felda New Zealand terletak dalam Dewan Undangan Negeri (Dun) Luit dan Parlimen Maran.

LAGI POST PANAS HARI INI












sumber sini



pen buruk online




0 comments:

Post a Comment