SUNGAI PETANI, 7 Mac — Penemuan bangkai seekor ikan paus dipercayai spesis yu paus, dianggarkan seberat satu tan dan berukuran lima meter panjang, menggemparkan orang ramai yang berkunjung ke kawasan perkelahan Pantai Merdeka, dekat sini, semalam.
Ikan paus itu dipercayai berenang dari Lautan Hindi seterusnya memasuki kawasan Laut Andaman, sebelum tersesat dan terperangkap di Selat Melaka.
# sila like "pakatan rakyat supporters"
Seorang nelayan yang enggan dikenali berkata kehadiran ikan paus itu mula dilihat terapung di perairan berkenaan kira-kira 4 petang semalam, sebelum ditemui terdampar di pesisiran pantai beberapa jam kemudian.
“Pada mulanya saya terlihat objek besar seperti longgokan sampah di tepi pantai namun setelah dihampiri, ia adalah bangkai seekor ikan,” katanya.
Penemuan mengejutkan itu merupakan kejadian ketiga melibatkan penemuan bangkai haiwan marin gergasi selepas berlaku tsunami pada 26 Dis 2004, yang mana pada 18 Sept 2006, seekor penyu besar ditemui penduduk Kampung Kepala Jalan, Kota Kuala Muda.
Pada 10 Feb 2011, bangkai seekor ikan paus dari spesis Bryde’s whale, dianggarkan seberat 4,000 kilogram dan ukuran panjang 12 meter, ditemui di Kampung Pulau Sayak, Kota Kuala Muda. — Bernama
0 comments:
Post a Comment