Saturday, 2 March 2013

Syok woii boleh dok TIBAI Najib lagu neh [Baca laa...]

Akibat dari dosa-dosa besar UmnoBn,,, !!!!

Sesungguhnya UMNO/BN amat takut menerima kenyataan bahawa mereka akan kalah dalam PRU 13 kali ini. Kini mereka panas bontot, dan serba tak kena, macam cacing kepanasan. Paling tidak pun rimas yang amat sangat ibarat orang memakai baju yang penuh kemuncup. Namun pasti ada juga diantara mereka kelihatan monyok dan murung macam lembu korban menunggu saat disembelih!

Kenapa Umno tak senang duduk?. Apa tidaknya,, sesudah 55 tahun mereka lena dibuai kenikmatan memerintah dengan majoriti 2/3. tiba-tiba semua ini bakal terlucut, bakal hilang ! Selama ini mereka beraya sakan, mereka enjoy, mereka memerintah negara ini dengan dengan rakus, sombong dan zalim. Apa saja mereka boleh buat, terutama rasuah, salahguna kuasa, menipu dan memperdaya rakyat..

Membolot kekayaan untuk diri sendiri dan kroni usah cerita lah, itu paling utama. Tetapi lebih malang, mereka sanggup menyedut dan melenyapkan saham-saham milik bumiputra yang tak seberapa itu. Begitu juga dengan hak istimewa orang Melayu dan tanah-tanah rizab Melayu,,Umno peralat untuk kepentingan diri. Mereka hakis dan kikis hanya dengan alasan pembangunan.

Sekian lama pemimpin Umno menjadi kaya-raya, hidup mewah seperti seorang raja. Akhirnya rasa tamak untuk terus memerintah menguasai diri. Apa cara sekalipun tak kira asal kuasa dapat dipertahankan, lalu berlakulah pengkhianatan,,dimana pemberian ic & kerakyatan kepada warga asing dibuat dengan sewenang-wernangnya. Tujuannya tak ada lain,, untuk menjadi pengundi hantu yang boleh memenangkan UmnoBn. Pemberian ini cukup mudah, semudah memberi wang BR1M kepada rakyat. Begitulah banyaknya dosa dosa-dosa besar pemimpin Umno kepada rakyat dan Negara ini..

Maka seandainya PR memerintah sudah tentu semua kecurangan dan penyelewengan yang pernah dibuat oleh pemimpin Umno dan segala kemewahan yang diperolehi oleh mereka secara tidak sah selama ini akan dibongkar. Yang dituduh dan didakwa akan dibicarakan di mahkamah. Yang bersalah tetap akan menerima hukumannya. Inilah sebenarnya yang menakutkan pemimpin UmnoBn. Mari kita fikir-fikirkan,, apakah penjara kita cukup untuk menampung kemasukan penghuni-penghuni baru nanti? - rahimothman


0 comments:

Post a Comment