Melodinya sedap dan menarik sekali, aku dah dengar enam kali.. tetapi awas lirik dan mesejnya jelas mempunyai agenda politik untuk mengubah pemikiran majoriti rakyat Kelantan yang sejak sekian lama menyokong PAS.
myMetro melaporkan - “Saya tidak berniat mempersendakan sesiapa, tetapi lagu ini hanyalah menyeru orang Kelantan berubah ke arah kebaikan,” kata pencipta lagu dan penyanyi Eddie Hamid, 50, mengenai lagu nyanyian terbarunya, Bo La Wei.
Lagu itu dilancarkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sempena Himpunan Perdana Anak-Anak Kelantan di Bukit Jalil pada 17 Februari lalu dan disambut meriah 15,000 pengunjung yang hadir.
Eddie berkata, dia gembira apabila lagu Bo La Wei yang bermaksud ‘cukup-cukuplah sudah’ itu menerima pujian dan menjadi pilihan ramai pendengar sejak ia dimuat naik di YouTube sejak minggu lalu.
Menurutnya, sehingga kini lagu ciptaannya bersama komposer Datuk Mohamad Supardi Md Noor itu menerima 15,870 capaian pengguna YouTube.
Bagaimanapun, dia mengaku turut menerima kritikan segelintir pihak serta dimaki beberapa individu yang menyifatkan lagu terbabit berunsur politik.
“Bagi saya, lagu itu tidak mempersendakan mana-mana parti politik, tetapi bertujuan menyeru orang muda terutama penduduk Kelantan membangunkan diri.
“Saya sudah menetap di ibu kota selama 28 tahun, jadi saya menyelami kemahuan dan perubahan yang mereka inginkan. Maka, lagu ini bertepatan dengan kehendak orang muda,” katanya yang menyifatkan lagu itu sebagai karya yang memberi kesedaran ~ MyMetro
Itu apa yang dikatakan oleh Eddie Hamid..
Beliau berkata “Bagi saya, lagu itu tidak mempersendakan mana-mana parti politik, tetapi bertujuan menyeru orang muda terutama penduduk Kelantan membangunkan diri.
Jadi korang nilaikan akan kebenaran kata-katanya itu dalam video di bawah ini..
Ini liriknya..
Bo la weiii (3x)
Bo la weiii (8x)
Ore Kelate, mari kito renung, tilik dan pande
Staro mano nasib kito maso depe, kalu takdok perubahe
Lamo benar kito dok nati tengok tehe sobar
Oghe ramai puak demo tak hira, janji sokmo tiap penggal
Bo la weiii (8x)
Dok acu cubo, sapa loni kito takdok gapo-gapo
Perit sengoti sapa putih anok mato, baik kito alih raso
Kalulah gini tokleh silap serupo dulu-dulu lagi
Toksir kena tipu acap-acap kali, pilihlah hok tunai janji
Serabuk dale perut kena tubik cari make
Demo ni sikit rabuk tok mikir ko ore Kelate
Buko paip air tengok-tengok air kuning
Jange key nak minum, nak mandi pun raso rusing
Bo la weiii (8x)
Tok Pa : Adik kakok sekalian. Marilah kita satukan barisan, sama-sama buat perubahan untuk masa depan yang cemerlang. Berilah peluang kepada kami membuat jasa dan bakti. Janji akan tetap kita tepati demi Darulnaim yang dicintai.
Habis bukit bukau demo sodok demo jual
Sapa ke Ladang Rakyat demo kutip demo gada
Dengar pulok khabar demo gomo tanah bandar
Oghe muda sesal pade bola pun demo gaha
Sapa sudoh tiko kito bangun bangkit asal
Pakat kito kira hok lama kito tukar
Buat perubahe lebih molek lebih comel
Supo tempat oghe, anak cucu pun tupey seney
Bo la weiii (8x)
Bo la weiii (8x)
Apa pendapat anda?? adakah ianya tiada agenda politik? Tidak menyindir pihak tertentu? Tidak berkempen untuk UMNO?
0 comments:
Post a Comment