Tuesday, 19 February 2013

Akhirnya Video Ustaz Haron Din umum keluar PAS tersebar!!.. Saksikanlahhhh...


Semingu dua kebelakangan ini heboh Blog macai-macai UMNO memainkan isu yang entah dari mana datangnya kononnya Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr. Harun Din Al-Hafiz akan keluar dari PAS..

Kurang pasti pulak aku dari mana datangnya sumber berita tentang perkara tersebut yang diperoleh oleh macai-macai UMNO itu..

Kat bawah ni adalah antara beberapa blog yang menyiarkan  isu tersebut..


Ini pula sebahagian dari cerita rekaan mereka..

Menurut sumber, Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr. Harun Din Al-Hafiz dan Ketua Dewan Ulama PAS, Ustaz Harun Taib, kini dikatakan sedang berada di dalam tertekan dan rungsing sehingga mereka enggan bercakap dengan ramai pemimpin PAS seperti biasa.

Katanya, setelah dirisik-risik beberapa temannya yang rapat, maka pecahlah rahsia tentang perlakuan dua tokoh golongan ulama PAS itu yang sebenarnya sangat marah, kecewa dan geram terhadap keputusan PAS yang sekali lagi “tunduk” kepada kehendak DAP.

Malah lebih meningkatkan tahap kemarahan mereka, isu kali ini melibatkan kepentingan Islam yang dicabar dan soal aqidah umat Islam yang dipandang remeh oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Mursyidul Amnya, Datuk Nik Aziz Nik Mat.

Khabarnya, Harun Din sudah renggang dengan majoriti pemimpin PAS. Dan apa yang mengejutkan, beliau dikatakan sedang berura-ura untuk meninggalkan PAS buat selamanya dan menumpukan diri pada aktiviti-aktiviti dakwah serta perubatan Islam.

Mungkin terlalu kecewa dengan PAS yang sudah berubah 360 darjah dari perjuangan asal, Harun Din yang mendokong parti itu sejak 1974 itu dikatakan bakal mengambil tindakan keluar parti sebagai tanda protes dan menggunakan alasan “dakwah” kepada pihak umum.

Benarkah apa yang dilaporkan oleh macai-macai UMNO itu atau sekadar satu lagi fitnah oleh mereka bagi menghasilkan persepsi negatif terhadap PAS?

Video yang telah dirakam pada hari Jumaat 15 febuari 2013, di Masjid Kg Banggol Peradung Kuala Terengganu ini memberikan jawapannya...

Saksikan!!.. volume sila adjust to maximum.. macai-macai UMNO sila dengar betul-betul apa kata Ustaz Haron Din pada minit ke 14:50



Macai-macai UMNO tolong amin kan doa Ustaz Haron Din itu ya...

Sumber video : Terengganukini

Baca juga Sultan Brunei sindir Najib dan UMNO tentang perlaksanaan hukum hudud di ( SINI )

0 comments:

Post a Comment