Wednesday, 27 February 2013

NAJIB KATA BR1M RM500 CUKUP UNTUK RAKYAT MAKAN SETAHUN!


KUALA TERENGGANU – Presiden Umno, Dato’ Seri Mohd Najib Tun Razak dengan bangganya memaklumkan kepada para hadirin, Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sebanyak RM500 yang diberikan adalah cukup untuk 'makanan' satu tahun.

Beliau yang juga Perdana Menteri Malaysia berkata, kerajaan Barisan Nasional (BN) telah kira dengan bantuan BR1M sebanyak RM500 itu setiap isi keluarga akan memperolehi sejumlah RM41.60 sebulan.

Menurut Perdana Menteri, dengan duit RM41.60 itu telah cukup untuk membeli sekampit beras 10 kilogram, lima kilogram minyak masak, gula, tepung dan lain-lain.

“Bantuan Rakyat 1 Malaysia…RM500 tuan-tuan akan dapat. Kalau RM500 kita (kerajaan) telah kira, dalam sebulan dapat RM41.60 dan dapat beli sekampit beras 10 kilo (kilogram), minyak masak lima kilo, gula, tepung dan lain-lain lagi. 

“Maknanya, kalau kita (rakyat) hendak beli makanan untuk kita dan keluarga kita cukup untuk 12 bulan (satu tahun) yang akan datang. Inilah kerajaan yang membela rakyat, kerajaan Barisan (BN),” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis Pelancaran Program Jelajah Janji Ditepati Peringkat Negeri Terengganu di Dataran Shah Bandar, Kuala Terengganu, hari ini, Sabtu 23 Februari

Bahkan, katanya bantuan BR1M 2.0 juga adalah lebih baik dari BR1M 1.0 kerana turut diagihkan kepada orang bujang berumur 21 tahun ke atas dan berpendapatan RM2,000 ke bawah.

Beliau turut mengambil terjemahan al-Quran yang menyebut tentang pendustaan terhadap agama, menghina anak yatim serta tidak memberi makan orang miskin. 

“Tahukah kamu tahu orang yang mendustakan agama, orang yang mengherdik anak yatim dan tidak menganjurkan, memberi makan orang miskin”. Ini firman Allah dalam al-Quran. Maknanya, kalau kita tidak tolong orang miskin dosa besar. Kalau kita sebagai sebuah kerajaan tidak bantu rakyat dosa besar. 

“Nabi Muhammad SAW dalam sabdanya, ‘Kalau kita bantu orang-orang miskin seumpama fisabilillah, seumpama kita solat malam tidak henti-henti dan berpuasa secara berterusan’. Itu Rasulullah kata. Maknanya, apa?...maknanya BR1M lah.

“Saya hendak beritahu tuan-tuan, BR1M 1.0 dan kini BR1M 2.0 diagih kepada 4.3 juta isi keluarga dapat faedah seluruh negara. 

“BR1M 2.0 lebih baik dari BR1M 1.0 sebab kita tambah orang bujang. Orang bujang umur 21 tahun ke atas, pendapatan RM2,000 ke bawah dapat juga separuh BR1M iaitu RM250,” jelasnya dihadapan 5,000 hadirin.-BO

KLIK LIKE TANDA SOKONGAN

0 comments:

Post a Comment