Wednesday, 27 February 2013

Cerdik sungguh Najib PM Malaysia, sungguh aku tak tipu

UALA TERENGGANU: Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dengan bangganya memaklumkan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sebanyak RM500 cukup untuk makan setahun.






# sila like "pakatan rakyat supporters"



Katanya, kerajaan Barisan Nasional (BN) telah mengira dengan bantuan BR1M sebanyak RM500 itu setiap isi keluarga akan memperolehi sejumlah RM41.60 sebulan.


Menurutnya, dengan RM41.60 itu telah cukup untuk membeli sekampit beras 10 kilogram, lima kilogram minyak masak, gula, tepung dan lain-lain.



(Gambar: BERSEPAH...buku ‘Janji Ditepati’ yang diedarkan oleh Najib dan Ahmad Said tidak dipedulikan para hadirin.)




“Bantuan Rakyat 1Malaysia RM500 tuan-tuan akan dapat. Kalau RM500 kita telah kira, dalam sebulan dapat RM41.60 dan dapat beli sekampit beras 10 kilo, minyak masak lima kilo, gula, tepung dan lain-lain lagi.


“Maknanya, kalau kita hendak beli makanan untuk kita dan keluarga kita cukup untuk 12 bulan yang akan datang. Inilah kerajaan yang membela rakyat, kerajaan Barisan,” ujarnya pada Majlis Pelancaran Program Jelajah Janji Ditepati Peringkat Negeri Terengganu di Dataran Syahbandar, di sini hari ini.



Pada sebelah petang, sekumpulan lebih 300 orang mahasiswa berkumpul secara aman di jalan masuk ke Riyaz Herritage Pulau Duyong tempat pertemuan tertutup Perdana Menteri dan Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said.



Kumpulan mahasiswa berkenaan berdemonstrasi bagi menyerahkan memorandum berkaitan dengan hak royalti negeri Terengganu kepada -pemimpin tertinggi negara.

sumber sini



0 comments:

Post a Comment