Tuesday, 19 February 2013

PANAS!! Ezam Md Nor berdebat dengan 'Diri Sendiri' di Kelang..


Telah dihebahkan kepada umum satu lagi siri 'Debat Rakyat, Jom Tolak Pakatan' akan diadakan pada 15 Februari 2013 bertempat di Padang Rekreasi Rakan Muda, Taman Seri Andalas, Klang.

Debat tersebut menampilkan dua tokoh penting buat UMNO masakini iaitu Senator Ezam Md Nor dan juga Dr. Hassan Ali.

Bagaimanapun pada hari berlangsungnya debat tersebut, kelibat Hassan Ali tidak kelihatan dan ini menjadikan Ezam Md Nor terpaksa berdebat seorang diri.

Tidak ada sebarang alasan yang dikemukakan oleh pengerusi majlis tentang mengapa Presiden JATI itu tidak muncul.

Mungkin beliau merasakan pentas yang disediakan untuk berdebat tersebut adalah satu penghinaan buat beliau yang merupakan seorang Presiden sebuah pertubuhan yang memperjuangkan Islam, Melayu dan Raja..

Oleh kerana yang muncul hanyalah Ezam Md Nor, acara debat terpaksa diadakan juga kerana ribuan telah hadir untuk menyaksikan acara debat tersebut.


Oleh itu terpaksalah Ezam Md Nor memainkan dua peranan sekaligus iaitu sebagai Pencadang dan juga Pembangkang..


Ramai juga macai UMNO yang kelihatan hadir untuk mendengar kehebatan debat antara Ezam Md Nor dan juga Ezam Md Nor itu..


Dan bagi mengelakkan dari blog-blog Pro Pakatan Rakyat melaporkan Ezam Md Nor bercakap dengan kerusi lagi.. contohnya seperti laporan di ( SINI )

Kerusi- kerusi tidak diatur di bawah khemah tetapi ianya hanya diberikan kepada yang hadir mendengar pidato Ezam tersebut..

Tetapi kerusi dikekalkan di atas lori...


Sumber gambar : Omak Kau!!

0 comments:

Post a Comment