Datuk A. Paramasivam ,Timbalan Ketua Polis Negeri Perak begitu berani menghukum anggota yang kurang ajar dan rasuah. Sementara itu para pengundi pula akan menghukum kerajaan yang rasuah.
IPOH - Anggota polis yang melakukan kesalahan tidak akan dilindungi dan tindakan sewajarnya perlu diambil terhadap mereka yang didapati bersalah.
Timbalan Ketua Polis Perak, Datuk A Paramasivam berkata, pihaknya tidak akan berkompromi anggotanya yang didakwa bersikap ‘kurang ajar’ terhadap orang awam tanpa sebab yang munasabah.
“Dalam dialog tadi (semalam) saya ada menerima beberapa aduan daripada orang awam yang mendakwa ada dalam kalangan anggota kita yang bersikap tidak baik terhadap mereka.
“Selain itu, ada juga dakwaan daripada orang awam yang memberitahu terdapat juga segelintir anggota yang terbabit dalam gejala rasuah.
“Berdasarkan maklumat tersebut, kita akan mengumpul nama dan akan mengambil tindakan seterusnya supaya mereka (anggota polis) menerima hukuman setimpal dengan perbuatan tidak bermoral itu,” katanya.
Terdahulu beliau mengadakan dialog bersama orang awam dalam program High Profile Policing-Walkabout, Meet and Greet di Kelab Rekreasi India, Buntong, semalam.
Hadir sama, Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Sum Chang Keong, Ketua Bahagian Ketenteraman Awam dan Trafik Daerah Ipoh Deputi Superitendan Wan Sharudddin Wan Omar
Majlis turut dihadiri Penyelaras Dun Buntong, S Jeyagopi, Ahli Parlimen Ipoh Barat, M Kulasegaran dan Adun Buntong, A Sivasubramaniam.
Dalam perkembangan lain, Paramasivam berkata, polis akan berusaha habis-habisan dalam membanteras jenayah untuk meningkatkan keselamatan orang ramai serta mengekalkan undang-undang dan ketenteraman di sekitar bandar raya ini.sh

0 comments:
Post a Comment