Ini adalah kenyataan untuk ‘cover malu’ oleh Pengerusi Barisan Nasional Pulau Pinang berikutan insiden ‘Yes for Psy, No for BN’ yang memalukan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini.
Dalam insiden memalukan yang telah berlaku terhadap Najib itu, Rakyat Pulau Pinang telah memberikan jawapan ‘NO’ apabila Najib bertanya ‘Are you ready for BN??” sebanyak tiga kali.. (lihat di SINI )
Video awal kejadian telah dipertikaikan oleh kebanyakkan macai-macai UMNO termasuk seorang pembaca Berita dari RTM yang mengatakan penyokong Pakatan Rakyat adalah bengong kerana mempercayai video tersebut.
Bagaimanapun mereka sudah tidak mampu lagi untuk mempertikaikan video tersebut bila mana semakin banyak video rakaman dari pelbagai sudut di hadapan pentas dimuat naik ke dalam YouTube.
Lebih malang dan membuatkan macai-macai UMNO terkedu bila Chanel New Asia dari Singapura turut menyiarkan rakaman insiden memalukan itu.. (sila lihat video tersebut di SINI )
Berikutan insiden yang memalukan Najib itu, Pengerusi Barisan Nasional Pulau Pinang Teng Chang Yeow cuba meletakkan kegagalannya dalam memberikan nasihat hingga menyebabkan Najib dimalukan oleh rakyat Pulau Pinang terhadap pihak lain..
Katanya beliau percaya kumpulan melaungkan perkataan ‘No’ ketika Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bertanyakan kepada orang ramai ‘Are you ready for BN’ adalah kumpulan dihantar untuk merosakkan majlis…
Buat masa sekarang mungkin kerana skripnya masih belum siap beliau belum membuat sebarang ulasan tentang kejadian yang lebih memalukan Najib.
Dimana Najib telah dibiarkan melopong di atas pentas bersama lain-lain pemimpin BN menunggu kemunculan Psy untuk bersama mereka..
Dalam kejadian meskipun namanya dipanggil oleh pengacara majlis berulang kali namun Psy tetap enggan muncul di pentas untuk mengaul ‘Yee Sang’ bersama Najib dan lain-lain pemimpin Barisan Nasional Pulau Pinang… ( Video di SINI )
0 comments:
Post a Comment