Monday, 4 February 2013

Ibrahim Ali akan disiasat mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan.

Ketua polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali akan dipanggil untuk memberi keterangan berhubung seruannya untuk membakar Bible dalam bahasa Melayu dan tulisan Jawi yang menggunakan kalimah Allah.





# sila like "pakatan rakyat supporters"




Katanya, MP Pasir Mas itu akan disiasat mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan.

Peruntukan itu adalah berhubung kesalahan menyebabkan suasana tidak harmoni, perpecahan atau permusuhan, benci membenci atau niat jahat atau memudaratkan pemeliharaan keadaan harmoni atau perpaduan.

Ia memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang dua tahun dan tidak lebih lima tahun.

Bercakap dalam satu sidang media hari ini, Abdul Rahim juga berkata polis menerima tujuh laporna polis berhubung kenyataan Ibrahim.

http://www.malaysiakini.com/news/220034#20130127150453

PBO™ berkata:

Cuba kita tukar nama Ibrahim Ali kepadaAnwar Ibrahim, Nik Aziz, Karpal Singh atau nama-nama lain dalam pembangkang. Apa agak kesudahannya?




0 comments:

Post a Comment