Tuesday, 12 February 2013

Kecewa kerana Anwar tak mahu berjumpa dengannya, Musa Hassandakwa PR mahu wujud akta seumpama ISA


Ketika saya berjumpa dengannya di mahkamah, dengan bangga Anwar bercerita kepada saya yang Musa telah berubah hati dan bersedia membantu Pakatan Rakyat.

Kononnya Musa akan mendedah berberapa tembelang polis dan kerajaan yang masih menjadi msiteri sebelum ini. Cara Anwar bercerita hari itu beliau yakin sangat dengan madah berhelah Musa itu.

"You tahu Musa Hassan pun telah mula berubah," begitulah Anwar membuka cerita.

Saya tahu dia mahu menarik perhatian saya. Saat itu kami kebetulan sedang minum di kantin kompleks mahkamah selepas rihat pendengaran bicara satu kesnya.

Meja kami berdekatan dan dia datang berdiri di meja kami. "Dia dah tarik saman ke atas saya," sambungnya lagi dengan wajah ceria.

Saya tidak memberi respon pantas dan hanya mendengar saja. Entah macam mana hati saya mendidih dengan tiba-tiba apabila mendengar nama Musa Hasan yang terus disebut-sebutnya itu lantas bekata; "saya ingat Pak Sheikh jangan percayakan Musa, dia ada udang di sebaoik batu. Dia nak kenakan Pak Sheikh saja," kata saya.

Anwar tercenggang dan mengenyitkan kening macam Ziana Zain seakan tidak percaya dengan apa yang saya katakan.

"Jangan mudah percaya Pak Sheikh, dia ada motif," tekan saya lagi dengan lebih tegas.

Adik Anwar, Rosli yang berdiri di samping kami terus menyampuk; "aku dah kata dah...,"

Rosli bersetuju dengan pandangan saya dan dia terus meninggalkan saya bercacangan dengan Anwar.

Mungkin Rosli berbulu dengan sikap dan perangai abangnya yang mudah kesian dan percayakan orang itu.

"Tetapi... ok la...," Anwar sambung lagi sekaan kurang senang dan cuba menyenangkan saya.

"Itu...pun bersama kita," tingkah lagi Anwar sambil memberi isyarat kepada bekas Ketua Pendakwa yang mengendalikan kes liwat II nya dulu dan kini telah bertindak membelanya pula.

Anwar mengambil contoh pendakwa itu terhadap apa yang berlaku ke atas Musa Hasan.

Bila saya menunjukkan kejengkilan kepada Musa, Anwar jadi serba salah hari itu untuk menceritakan perubahan Musa.

Dia tidak senang dengan gelagat saya.

Hari itu juga dia menyebut, Musa ada hendak berjumpa dengannya. "Dia nak jumpa saya, tetapi saya suruh jumpa orang lain dululah..." ceritanya menyebabkan saya sekali lagi menegaskan; "lebih baik you jangan layan, bahaya." Saya tidak tahu apakah Anwar jumpa Musa atau tidak.

Tetapi dari makluman dalaman saya dapat tahu Anwar tidak berjumpa dengan Musa.

Musa terus juga hasratnya hendak jumpa dengan Anwar. Dia meminta bantuan bekas seorang pegawai polis tetapi Anwar tetap tidak mahu berjumpa.

Mungkin Anwar menemui petanda baru bahawa tujuan Musa berbaik dengannya itu adalah tektik untuk memecahkan hubungannya dengan rakan dalam Pakatan dan membuat onar dalam PKR.

Sepenuhnya sila baca di ( SINI )

Apa yang MSO nyatakan tentang Anwar Ibrahim tidak berjumpa dengan Musa Hassan itu sememangnya benar..

Walaupun beberapa kali Musa Hassan telah menghubungi Anwar sendiri untuk berjumpa beliau kononnya bagi meminta maaf, hasilnya tetap mengecewakan.

Setelah gagal.. seperti yang MSO nyatakan orang tengah digunakan untuk memujuk DS Anwar Ibrahim agar meluangkan sedikit masa untuk ditemui oleh Musa Hassan.. hasilnya juga gagal...

Itu semua aku dengar dari mulut DS Anwar Ibrahim sendiri dua minggu yang lalu dalam satu pertemuan yang melibatkan hanya empat individu dari PKR Permatang Pauh di Yayasan Aman.. salah sorang tu aku..

Kerana kecewa akhirnya Musa Hassan menyerlahkan sifat sebenar yang ada dalam dirinya tentang PR...

Baca ni...

PR didakwa mahu wujud akta seumpama ISA

PETALING JAYA - Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan menyokong kenyataan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa pembangkang berkemungkinan mewujudkan semula undang-undang seumpama Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sekiranya Pakatan Rakyat (PR) menang pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Beliau berkata, ia berikutan ISA diakui oleh ramai pihak sebagai satu undang-undang pencegahan yang berkesan, malah Amerika Syarikat menggunakan akta yang mirip sama dengan akta tersebut.

"Kita tidak tahu apa yang ada dalam hati mereka, tidak mustahil akta seumpama ISA boleh diwujudkan semula jika mereka memerintah.

"Kenapa saya berfikiran begitu, kerana mereka sudah memulakan budaya huruhara, memainkan isu perkauman, agama dan memainkan soal keselamatan negara,” katanya ketika ditemui Sinar Harian, kelmarin.

Khamis lalu, Dr Mahathir dilaporkan berkata, perkara pertama yang pembangkang akan lakukan jika berkuasa adalah menutup pintu keluar masuk negara dan menangkap pemimpin lawan dengan apa jua cara walaupun ISA sudah tiada lagi.

Dengan nada berseloroh, Dr Mahathir berkata, beliau gembira ISA tidak lagi wujud dan bahawa pembangkang, yang menentang undang-undang tersebut, tidak boleh sebarangan menyumbat orang ke dalam penjara jika mereka berkuasa.

Selain itu, Musa turut menegaskan ‘Arab Spring’ boleh tiba di negara ini sekiranya kerajaan tidak mengambil langkah pencegahan berkesan daripada sekarang.

Katanya, jika perkara tersebut berlaku, segala pembangunan dan kemajuan yang dikecapi negara sejak 56 tahun lalu sia-sia.

“Sebagai rakyat, semua pihak perlu menjaga keamanan negara, jangan termakan hasutan yang mahu menghuru-harakan negara. Dalam hal ini kerajaan kena pastikan ia tidak berlaku.

“Saya juga melihat ada usaha pihak luar yang mahu negara kita hancur dari dalam, melalui musuh yang halimunan,” katanya.

Ditanya mengenai musuh halimunan ini, Musa berkata musuh ini sukar dikesan kerana mereka bergerak di kalangan rakyat negara ini.

“Ancaman itu semakin lama semakin besar, mereka bercita-cita menawan negara ini. Jadi tugas sekarang adalah menyedarkan rakyat tentang bahaya perkara ini dan apa perancangan mereka untuk rosakkan negara.

“Dulu pihak luar bergerak melalui CIA untuk musnah negara lawan, sekarang tidak lagi kerana semua sudah tahu, mereka sekarang bergerak melalui NGO-NGO yang berada dalam negara,” katanya.

Mengulas lanjut, Musa turut mempertikaikan pihak pembangkang yang sering menjadikan pasukan keselamatan sebagai sasaran dalam sesetengah isu.

Katanya, tindakan tersebut telah menyebabkan timbul persepsi negatif rakyat terhadap pasukan keselamatan.

"Bagaimana pihak yang bertindak memburukkan pasukan keselamatan boleh memerintah negara? Jadi bagi saya, orang begini yang akan menganiaya orang lain," katanya ~ Sinar Harian

Bukan saja Musa Hassan tetapi berhati-hati dengan Deepak juga Datuk Seri....

0 comments:

Post a Comment