Friday, 1 February 2013

Lihat apa yang ditawarkan di Malai Rock Station ni....


Dulu hangat dengan Isu Awie kepala gangster Kumpulan Naga Pekida.
(Awie,  berpangkat Ayahanda dalam Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida)

Sekarang hangat pula isu kelab malam.
Apa nak diharapkan  dengan artis Melayu beragama Islam begini?

Gambar di bawah di ambil dr fb seseorang.
Inilah kelab malam milik Awie.
Dan baru-baru ini Awie di katakan 'naik hantu' bila di tanya pasal kelab malam miliknya.



"Apa salah saya buka kelab malam? Hanya kerana saya seorang artis? Kalau macam itu, pergi tanya Tan Sri Jojo (Tan Sri Syed Nasir Syed Yusof Wafa) kenapa dia bukak Hard Rock Cafe, Saloma Bistro dan Hotel Concorde. Untuk sembahyang ke?," soalnya Awie.

Penyanyi rock itu juga berharap pertanyaan dan persoalan mengenai hal itu tidak akan lagi diajukan buat dirinya apda masa akan datang. Baginya, mereka seharusnya berhenti mempersoalkan perkara ini kerana bukan mereka yang memberikannya rezeki kepada dia sekeluarga.

"Mereka tidak suap mulut saya dengan nasi. So, better stop asking this stupid question," tegas Awie yang jelas kesal dengan isu ini kepada murai.com.my.


dah nama pun kelab malam..... takkan jual nasi lemak dan teh tarik pula

Sombong betul kenyataan yg dikeluarkan oleh beliau nih. Seolah2 itu sahajalah rezeki yang ada di muka bumi ni. Hingga tak tau nak beza halal dan haram.

Pekida...... apa fungsi Pekida ni sebenarnya?
Pertubuhan Kebajikan Dakwah Islamiah???
Apa layak ke orang mcm ni diangkat sebagai ketua?
Ayahanda???
Kalau begini la perangai ayahanda habis rosaklah semua anakanda2 kat Malaysia nih.... aptb!

sumber



✿*~ Kalau suka entry ni, sila tekan LIKE ye... ~*✿


0 comments:

Post a Comment